Program Suntikan Vaksin bagi murid-murid Tahun 1 SK Saujana Impian 2 telah dilaksanakan dengan teratur di bilik kesihatan sekolah dengan kerjasama jururawat dan pegawai kesihatan bertugas. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada pasukan kesihatan serta para guru yang membantu melancarkan pengurusan murid demi menjamin tahap kesihatan dan perlindungan imunisasi anak-anak.
