Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, Kajang 03-8733 9008 hello [at] senada [dot] my

PIBG

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2
“SENADA Sepakat Gapai Kecemerlangan”

AJK PIBG SENADA Sesi 2026/2027


Kempen Sumbangan PIBG

Pihak PIBG SK Saujana Impian 2 mengalu-alukan sumbangan sebanyak RM120.00 setahun bagi setiap keluarga bagi menyokong pembangunan prasarana, kebajikan murid, serta program akademik dan kokurikulum sekolah.

Agihan Perbelanjaan Sumbangan PIBG (RM120):

  1. Penyelenggaraan (RM35): Penambahbaikan prasarana sekolah termasuk tandas, lampu, kipas, lantai, dan penghawa dingin.
  2. Kokurikulum (RM25): Hari Sukan SENADA (SUKSEN), pembangunan sukan, dan pembangunan kesenian.
  3. Akademik (RM25): Majlis Inspirasi Cemerlang, program peningkatan akademik, serta pengurusan UPSA & UASA.
  4. Hal Ehwal Murid (RM20): Sambutan Hari Kanak-Kanak dan program gotong-royong.
  5. Program PIBG (RM15): Sambutan Hari Guru, elaun trafik keselamatan murid, serta pengurusan guru ganti dan persaraan.

Cara Pembayaran Sumbangan PIBG:

  • Pautan Rekod: https://bayar.senada.my
  • Pindahan Akaun Bank (Maybank): 512389700280 (PIBG SK SAUJANA IMPIAN 2)
  • Nota Rujukan: Sila nyatakan Nama Anak & Kelas dan serahkan/tunjukkan resit pembayaran kepada guru kelas masing-masing.

Prestasi Kutipan Sumbangan PIBG (Setakat 29 Jun 2026):

  • Tahun 1: 60%
  • Tahun 2: 60%
  • Tahun 3: 65%
  • Tahun 4: 66%
  • Tahun 5: 72%
  • Tahun 6: 51%