Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, Kajang 03-8733 9008 hello [at] senada [dot] my

Penyertaan Murid dalam Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) Zon Kajang 2026

Berita oleh admin

Sekumpulan murid SK Saujana Impian 2 telah mengambil bahagian dalam Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Zon Kajang 2026. Melalui pelbagai acara yang dipertandingkan termasuk tilawah, nasyid dan ujian bertulis, para peserta sekolah telah menunjukkan prestasi yang membanggakan serta menerima sijil dan hadiah pengiktirafan.