Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, Kajang 03-8733 9008 hello [at] senada [dot] my

Program Ceramah Kesedaran Anti Buli Memupuk Persekitaran Sekolah Selamat

Berita oleh admin

Selaras dengan nilai teras SENADA iaitu Adab Sopan, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan Program Ceramah Anti Buli bertempat di Arena SENADA. Ceramah khas ini turut disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PIBG bersama kehadiran barisan pentadbir dan wakil pihak berkuasa.

Program ini memberi pendedahan kepada semua murid tentang kesan buruk perbuatan buli sama ada secara fizikal mahupun lisan, serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Usaha berterusan ini diharapkan dapat mengekalkan iklim sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera untuk semua warga SK Saujana Impian 2.