Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, Kajang 03-8733 9008 hello [at] senada [dot] my

Pelancaran Karnival Eksplorasi STEM MADANI SK Saujana Impian 2

Berita oleh admin

Majlis Pelancaran Karnival Eksplorasi STEM MADANI peringkat Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 telah berlangsung dengan meriah di Arena SENADA. Program anjuran Panitia Matematik, Sains dan Reka Bentuk & Teknologi (RBT) ini dilaksanakan sepanjang bulan Julai 2026 (1 hingga 31 Julai).

Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan perasmian oleh barisan pentadbir sekolah, diikuti gimik pelancaran eksperimen sains serta persembahan bertemakan STEM oleh murid-murid. Penganjuran karnival ini bertujuan mencungkil kreativiti, kemahiran berfikir aras tinggi, dan minat mendalam murid terhadap inovasi teknologi sejak di bangku sekolah rendah.