[AKTIVITI] Perkhemahan Unit Badan Beruniform Peringkat Sekolah (24 – 25 Julai 2026)
Perkhemahan tahunan Unit Badan Beruniform peringkat SK Saujana Impian 2 akan berlangsung selama dua hari bagi memupuk kepimpinan dan jati diri murid.
[HEBAHAN] Muafakat Akademik & Hari Temubual Akademik Siri 1 (16 Julai 2026)
Program Muafakat Akademik bersama ibu bapa Tahun 4 dan Hari Temubual Akademik Siri 1 akan diadakan pada 16 Julai 2026. Edaran surat makluman rasmi akan menyusul.
[INFO] Pelancaran Bulan Karnival STEM (1 – 31 Julai 2026)
Pelbagai aktiviti eksplorasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik akan berlangsung sepanjang bulan Julai anjuran Panitia Matematik, Sains dan RBT.
[PENTING] Kempen Sumbangan PIBG 2026 (RM120 Sekeluarga)
Ibu bapa/penjaga boleh membuat sumbangan secara dalam talian melalui Maybank (512389700280) atau di https://bayar.senada.my. Sila nyatakan nama anak dan kelas pada rujukan bayaran
